Bandeng presto
Bandeng presto

Bandeng presto

Bandeng presto (bahasa Jawa: ꦧꦤ꧀ꦢꦼꦁ​ꦥꦿꦺꦱ꧀ꦠꦺꦴ, translit. Bandeng prèsto) adalah makanan khas Indonesia yang berasal dari Kota Semarang, Jawa Tengah. Makanan ini dibuat daripada ikan susu yang dirempahi dengan bawang putih, kunyit dan garam.[1]Ikan susu ini kemudian dimasak dengan beralaskan daun pisang menggunakan kaedah periuk tekanan. Periuk tekanan adalah kaedah memasak dengan tekanan tinggi. Makanan yang dimasak dengan cara ini dimasukkan ke dalam kuali yang boleh dikunci rapat. Air di dalam kuali ini kemudian dipanaskan hingga mendidih. Wap air yang timbul akan memasakkan makanan di dalam kuali ini. Masakan ini terkenal kerana ikan ini memiliki banyak duri. Bandeng presto adalah makanan yang digemari kerana cara masak tekanan tinggi menjadikan duri ikan sangat empuk.[2]

Berkaitan